Friday, February 6, 2009

Menghampiri zina

MENGHAMPIRI ZINA

Firman Allah swt

Dan janganlah kamu ,menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbutan yang keji dan mendatangkan keburukan.[surah al-isra:32]

Islam melarang daripada menghampiri apa-apa jalan yang membawa kepada zina,apa lagi perbuatan zina itu sendiri.Kerana yang demikian bukan saja terang kejinya tetapi mendatangkan pelbagai kerosakan dalam masyarakat.Diantaranya merosakkan nasab keturunan,menimbulkan pergaduhan dan perkembangan penyakit berbahaya.

Terdapat banyak mukadimah(pendahuluan) yang boleh membawa berlakunya perbuatan keji tersebut:

  • Memakai pakaian seksi,ketat,nipis,jarang
  • Bergaul bebas bukan muhrim atau tunang
  • Jelingan manja
  • Pandangan mata(menonton gambar lucah dan ghairah)
  • Sentuhan melalui bukan muhrim
  • Percakapan yang menggoda dan banyak lagi…

Golongan lelaki dan wanita dilarang melihat wanita atau lelaki untuk kali kedua,ketiga dan menghampiri atau bercakap-bercakap dan bergaul dengan mereka.

Akibat dari mengabaikan larangan ini,di zaman moden ini sudah bersepah gambar bogel melayu dan ghairah, filem lucah melayu di telefon bimbit,bayi yang baru lahir dibuang di merata tempat.Wanita yang berpakaian seksi,ketat dan nipis dipadankan dengan tudung berfesyen atau tidak bertudung memberi alasan “tidak mengapa..asalkan hati baik”.

Rasullullah berpesan “mana-mana hamba yang telah didatangi nasihat dari Allah tentang agamanya,maka itu adalah hikmah Allah yang datang kepadanya.Jika dia menerima dengan syukur(akur akan perintah dan larangannya)maka bahagialah dia.Kalau tidak ia akan menjadi hujah Allah ke atasnya untuk menambahkan dosa dan kemurkaan Allah kepadanya.

Firman Allah

Barangsiapa berpaling dari pengajaran al quran,kami akan ada baginya syaitan(yang menyesatkan)maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk”.[surah al-zukhruf 43:36-37]

Kita semua tidak kira muda,tua,kaya miskin,lelaki wanita pasti…dan pasti akan mati.Azab kubur itu benar,neraka itu benar dan syurga itu juga benar.Buatlah pilihan yang menguntungkan.janganlah ikutkan nafsu dan darjat…kita untung di dunia,rugi dan akhirat.

Sebarang kritikan,teguran atau pertanyaaan sila layari blog:

www.mari_jihad @yahoo.com

www.marijihad.blogspot.com