Tuesday, May 5, 2009

HAYATUS SAHABAH

SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT UMAT ISLAM INGIN KAMI MEMAPARKAN KISAH-KISAH SAHABAT SUPAYA BOLEH DIJADIKAN TELADAN......


KETAQWAAN ABU BAKAR R.A


Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan diri kepadanya sebagai tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata;

" Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian"

Abu Bakar menjawab:

" Aku terlalu lapar sehingga aku terlupa untuk bertanya. Terangkanlah kepadaku di mana kamu dapat makanan ini ?"

Hambanya menjawab, " Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilek. Orang-orang yang aku tilek nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekek;

" Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku "

Kemudian Abu Bakar cuba untuk mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang telah ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.

Kata seorang pemerhati;

" Semoga Allah mencucuri rahmat atasmu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit itu"

Kepada orang ini, ABu Bakar menjawab,

" Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan nyawaku sendiri. Aku mendengar Nabi saw berkata, ' Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku".

Cerita seperti ini mengenai Abu Bakar terlalu banyak. Dia sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakannya. Bagaimana pula dengan kita ?


ABU BAKAR

TAKUT AKAN HARI PENGHISABAN




Abu Bakar RA adalah manusia yang paling tinggi martabatnya di kalangan sahabat Nabi SAW yang mana Rasulullah sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukannya yang utama diantara penghuni-penghuni syurga yang maha mulia.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
' Nama Abu BAkar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama yang akan memasukinya"
Namun Demikian perasaan takuitnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya.

Selalu dia berkata: " Alangkah baiknya kalau aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api"

Kadang-2 dia berkata: " Alangkah baiknya kalau aku menjadi sehelai rumput yang riwayatnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan"

Pada suatu hari dia telah pergi ke sebuah taman diaman dia melihat seekor burung sedang berciap-ciap.

Katanya : " Wahai bururng ! Alangkah bertuahnya kamu. Kau makan, kau minum dan berterbangan dibawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang HAri Penghisaban> Aku ingin menjadi seperti engkau , wahai burung.

Tengok macamana orang yang dijamin syurga seperti Abu BAkar RA begitu takut dengan HAri Penghisaban . Orang macam Abu Bakar RA ni.. macamana harta telah dia belanjakan.... Seluruh harta dia bagi untuk Jalan Allah . Ini berlaku dalam Perang Tabuk , dimana orang Islam mempertahankan Agama dari serangan orang Rom..

Semasa Rasulullah SAW tanya kepada sahbat RA tentang apa yang telah ditinggalkan untuk keluarga di rumah. Bila Rasulullah SAW tanya kepada Umar RA , Adakah kamu tinggalkan sesuatu untuk keluargamu Umar? Umar RA menjawab. Aku tinggalkan separuh.

Kemudian Abu Bakar RA datang dengan membawa segala hartanya untuk Jalan Allah , bila Rasulullah SAW tanya kepada Abu Bakar RA , Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu? Jawab Abu Bakar RA : Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka.

Nah macam ni sekali pengorbanan Abu Bakar RA.. Abu Bakar RA bukanlah asalnya seorang miskin , tapi untuk agama habis hartanya telah dibelanjakan untuk jalan Allah..

Inilah sebabnya Allah SWT suke dengan pengorbanan Abu Bakar dimana suatu ketika Abu Bakar RA hanya berbaju guni dengan butang daripada duri.. ( takde pakaian ) maka Allah SWT sangat suke dengan pengorbanan Abu bakar RA dan telah perintahkan semua malaikat pakai baju berbutangkan duri sepertiu Abu Bakr..

Orang yang macamni punye pengorbananpun masih takut denagn Hari Penghisaban,, Kite macamana?? buat rilek jerr... amal macamtu gak tak meningkat, harta bende kite perghhh, rumah besar, makanan kite tak pernah tak cukup, baju fuhhh 3 almari, kereta sedap, beli persiapan nak raya ribu2 habis tuk raya, banyak kesilapan kite dalam membelanjakan harta kite... untuk sedekah di jalan Allahh berpa RM kite dah bagi??? untuk jalan Allah??? berapa RM kite dah belanjakan ??? Kite ni takder sape pun pernah jamin syurga?? Ini kita kene fikir risau setiap hari .. Adakah kite selamat dari azab kubur, kegelapan di mahsyar, mizan , titian sirat, adakah kite selamat daripada azab api neraka .. YA Allah Selamatkanlah, aku jauhi lah aku dari api neraka, duk kat rumah kalo tak On kipas / aircond pun dah tak tahan. ni kan pula api neraka... Inilah kene usaha atas iman kite masing-masing. Iman kene perbaharui setiap hari.. kene buat dakwah barulah iman meningkat.. Ya Allah kekalkan aku dalam usaha atas iman ni....pilihlah aku untuk sentiasa bagi mase keluar ke jalanmu ..

No comments: