Thursday, November 27, 2008

BERPAKAIAN TETAPI TIDAK MENUTUP AURAT



Memakai tudung kepala adalah arahan langsung daripada Allah s.w.t bukannya cadangan Nabi Muhammad s.aw
Firman Allah bermaksud:
“Hendaklah mereka malabuhkan tudung ke seluruh tubuh mereka,supaya mereka lebih mudah dikenali orang,kerana itu mereka tidak diganggu.”(al-Ahzab:59)

Kalau dilihat sepintas lalu penampilan wanita moden mendedahkan aurat tanpa segan silu malah berbangga serta marah apabila ditegur.
Fesyen (cara) wanita mendedahkan aurat ialah:
· Tidak memakai tudung kepala,kalau pun pakai tudung kepala itu singkat(tidak melepasi dada)dan nipis.
· Baju (lengan pendek atau lengan panjang)yang ketat,singkat dan nipis.
· Memakai kain atau seluar yang ketat dan nipis.
· Wanita berkarier(doktor,jururawat,
polis,tentera dll)memakai tudung tetapi dimasukkan ke dalam belahan leher baju.
· Tidak memakai stokin sedangkan anggota aurat yang lain ditutup sempurna dan banyak lagi kesalahan wanita dalam menutup aurat masa kini.

Hadis Nabi s.a.w:
Asma binti Abu Bakar memakai pakaian yang nipis menampakkan susuk tubuhnya,lalu baginda menunjukkan murkanya lalu bersabda:Wahai asma’sesungguhnya seorang wanita tidak boleh mezahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan mukanya saja.




Wanita yang bertelanjang dan memakai pakaian yang menggoda,ketat yang menipu menutup aurat,diatas kepala dihias,rambutnya laksana goh-goh unta,mereka tidak akan mencium bau syurga.

Penentang dan kedegilan wanita akan dimasukkan “ke dalam neraka dimana digantung rambut mereka sendiri,menyebabkan otak mereka mendidih dan darah berbau busuk dan hanyir,itulah wanita semasa hidupnya didunia dahulu enggan menutup aurat dihadapan lelaki ajnabi atau anita-wanita kafir.”[peristiwa israk dan mikraj dijelaskan Imam Ibnu Haitham,kitab az-zawajir ms:41]
Pakaian yang menutup aurat bagi wanita ialah:
· Tudung kepala wajib melepasi dada dan tidak nipis.
· Baju(longgar,tidak nipis dan ketat)labuh ke lutut dan wajib berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
· Kain atau seluar panjang longgar tidak nipis dan ketat(panjang kain atau seluar mesti mencapai buku lali.)
· Mesti memakai stoking yang tidak nipis
Wanita islam hanya boleh mendedahkan bulatan muka dan kedua tapak tangan sahaja.[rujuk tafsir Al-Quran pimpinan Ar-Rahman cetakan rumi.Ms:899 nota no 199]
Golongan lelaki seperti suami,bapa,pemimpin yang membiarkan isteri dan anak-anak perempuan mendedahkan aurat atau tidak menutup aurat dengan betul dianggap dayus.Nabi bertegas dalam hal ini seperti dalam sabdanya mereka juga akan dimasukkan kedalam neraka.Sekiranya kita merasakan kulit kita,kulit isteri dan anak-anak kita kebal dalam menghadapi api neraka.Maka silalah buka aurat anda.Jika tidak BERTAUBATLAH…

No comments: