Thursday, November 27, 2008

JAHILIAH ZAMAN MODEN KIAN MENJADI-JADI




Menurut seorang motivator islam Syeikh Muhammad Qutb dalam bukunya “Jahiliah Kurun Ke-20”ada menegaskan,bahawa masyarakat jahiliah adalah mereka yang tidak memiliki akhlak mulia,sopan santun,yang menyembah dunia dan negara dan segala bentuk kebendaan,yang lebih tepat lagi tidak berkiblatkan akidah kepada Allah s.w.t.

Khalifah agung,Umar bin Al-khattab pernah berkata:Sesungguhnya kemuliaan, keagungan,kekuatan islam akan terhakis satu demi satu jika masih terdapat dikalangan orang islam yang tidak mengenal erti jahiliah.Kesannya,terdapat dikalangan manusia muslim yang tidak lagi terikat dengan hukum-hukum islam.

Sebagai contoh,wanita islam yang bersolek,berwangian berlebihan,tidak menutup aurat,tidak memakai tudung kepala,berpakaian ketat dan mungkin juga nipis dan singkat.Lelaki dan wanita islam yang aktif bersukan,pakaian langsung tidak menitikkan soal aurat,kesemua itu adalah sebahagian daripada amalan jahiliah moden.

Ia termasuk juga dalam urusan negara,apabila undang-undang atau hukum-hukum islam yang termaktub dalam Al-Quran tidak menjadi sandaran dan rujukan untuk dilaksanakan.Para pemimpin kini lebih mengutamakan undang-undang ciptaan manusia.

Apabila muda-mudi islam berdua-duaan dan bergaul secara bebas,merompak,mencuri,terlibat dalam minuman keras,mat dan minah rempit,budaya lepak samada diwarung atau di mana-mana sahaja tidak kira muda atau tua.Kesemuanya itu menggambarkan pelakunya tidak memahami dan mengetahui halatuju hidup sebagai orang islam.

Malah lebih teruk lagi membunuh,merogol,anak menetak kepala ibunya hingga mati ,si ayah merogol anak gadisnya,pelakuan memberi dan menerima rasuah dan permainan judi,anak-anak luar nikah dibuang dan macam-macam kes lagi.





Tidakkah semua pelakuan itu dianggap amalan jahiliah moden yang lebih parah daripada jahiliah di zaman Rasulullah s.a.w.
Hadis Nabi s.a.w:Umatku ini adalah umat yang disayangi Allah,sepatutnya ia tidak ditimpa azab pada hari kiamat,tetapi didunia lagi mereka ditimpa dengan empat perkara:Berlakunya fitnah-fitnah yang banyak,gempa-gempa bumi,kematian dan pembunuhan berlaku dimana mana dan bala-bala daripada Allah s.w.t[H.R Said al-Khudri]

Jelas semua yang diterangkan oleh Nabi s.a.w dulu,sudah menjadi kenyataan,ia berlaku dihadapan mata kita.Kesimpulannya umat hari ini melakukan apa yang dilarang oleh Allah dan meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah.

Maka layaklah umat islam menerima pelbagai fitnah seperti orang islam (lelaki dan wanita)tidak menutup aurat dan menunaikan solat,ditimpa bermacam bentuk bala dari Allah.

Tujuan semua itu ditimpakan atas mereka ,agar manusia seluruhnya kembali kepada mengamalkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah yang sudah ditinggalkan sejak sekian lama.Dengan itu,manusia dapat meletakkan keyakinan yang tinggi untuk menjadi hamba Allah dan hanya beribadat kepadanya semata-mata.

No comments: