Friday, November 28, 2008

TANGGUNGJAWAB LAKSANA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


Firman Allah:
Perintah orang lain supaya berbuat baik dan laranglah ia dari berbuat jahat,serta bersabarlah terhadap cubaan menimpamu.{surah luqman,17}

Allah swt dengan tegas mengarahkan setiap orang islam supaya menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar dengan penuh keinsafan dan keimanan.

Apabila baginda saw berdakwah baginda dimarah,dicaci,dihina,diugut,dipukul serta disindir oleh orang kafir.Sebaliknya di zaman moden ini orang islam sendiri yang melakukannya.

Kita renung sejenak keadaan umat islam hari ini,yang semakin parah akhlaknya dimana pergaulan bebas bukan muhrim,budaya gay,pondan,tomboy,adegan ghairah di sekolah,seks bebas,beli nombor ekor dan judi,minum arak,beribu-ribu video seks melayu di telefon bimbit,ibu bapa mengizinkan anak keluar dengan teman lelaki atau tuning,wanita islam tidak bertudung,berpakaian ketat dan bermacam lagi aksi laku orang islam sekarang ini.

Umat islam perlu bangun memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh Allah swt kepada kita:
Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar.{surah ali imran,110}

Islam menunjukkan tiga cara berdakwah yang perlu sekali dihayati,iaitu menyampaikan dakwah dengan hikmah,seterusnya memberi nasihat yang baik dan apabila berbincang dengan cara terhormat,baik terhadap orang islam mahupun bukan islam.

Sesungguhnya masyarakat islam yang tidak menjalankan tugas ini sebagai satu kewajipan,maka akan dilaknat oleh Allah.Kisah kaum yang dilaknati Allah swt banyak diceritakan didalam Al-Quran.

Mengikut Imam Ghazali,apabila masyarakat sunyi daripada amar makruf nahi mungkar akan terkeluar daripada kelompok orang mukmin.Mengulas ayat 71,surah at- taubah,beliau berkata,APAKAH ANDA BELUM MEMAHAMI AYAT INI??Ayat ini menceritakan siapa saja yang tidak mahu menjalankan amar makruf nahi mungkar bererti ia telah terkeluar daripada orang beriman.

Rasullullah saw prnah menegaskan:
“suatu kaum yang melakukan maksiat padahal mereka mampu bertindak,maka Allah swt pasti akan menurunkan seksaNya kepada mereka.”

Sebarang pandangan ,teguran,kritikan atau ingin bersama kami boleh melayari:

Email:www.mari_jihad@yahoo.com
Blog:marijihad .blogspot.com

No comments: