Friday, November 28, 2008

TUTUP AURAT LAMBANG IMAN


Sesuatu yang baik dan suci mesti ditentukan mengikut neraca Allah swt dan rasulNya dan bukannya neraca masyarakat,drama filem,isteri ustaz boleh buat kita boleh buat,dan pemikiran kita semata-mata.

Firman Allah swt:
Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke seluruh tubuh mereka,supaya mereka lebih mudah dikenali orang,kerana itu mereka tidak diganggu.{al ahzab,59}

Hadis Nabi saw:
Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata(ketat,nipis dan singkat)maka Allah swt akan memberi pakaian kehinaan di akhirat nanti.

Asma binti Abu Bakar memakai pakaian nipis menampakkan susuk tubuhnya,baginda menunjukkan murkanya lalu bersabda:Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita tidak boleh menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan serta mukanya saja.

Fesyen (cara) wanita moden mendedahkan auratnya:
· Tidak memakai tudung kepala,kalaupun pakai, tudung kepala itu singkat(tidak melepasi dada)
· Baju lengan pendek atau lengan panjang yang ketat,singkat dan nipis.
· Memakai kain atau seluar yang ketat dan nipis
· Wanita berkerjaya(doktor,jururawat, polis,tentera dan lain-lain)memakai tudung kepala tetapi dimasukkan ke dalam belahan leher baju.
· Tidak memakai sarung kaki,sedang anggota aurat yang lain ditutup sempurna dan banyak lagi aksi laku kesalahan wanita moden dalam menutup aurat masa kini.

Penentang dan kedegilan wanita moden menutup aurat akan dimasukkan dalam api neraka.

Pakaian yang menutup aurat bagi wanita ialah:
· Tudung kepala wajib melepasi dada dan tidak nipis
· Baju longgar,tidak nipis dan ketat labuh ke lutut dan mesti berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
· Kain atau seluar yang longgar tidak nipis dan ketat(panjangnya mesti mencapai buku lali)
· Mesti memakai sarung kaki yang tidak nipis.

Wanita moden hanya boleh boleh mendedahkan bulatan muka dan kedua tapak tangan sahaja.[rujuk tafsir Pimpinan Ar-Rahman cetakan rumi,m.s 899 nota 1119]

Golongan lelaki seperti suami,bapa, pemimpin yang membiarkan yang membiarkan para wanita,isteri dan anak perempuan mendedahkan aurat dan tidak menutup aurat dengan betul dianggap dayus.Nabi bertegas dalam hal ini,seperti ketegasan hadis nabi bahawa mereka juga akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Akhirnya ,kita semua pasti mati ,azab kubur itu benar,neraka itu benar,syurga itu benar.Buatlah pilihan yang menguntungkan.Janganlah kerana ikutkan nafsu,darjat kita untung di dunia rugi di akhirat.

Sebarang pandangan,teguran,kritikan atau barminat bersama bolehlah melayari:

Email:www.mari_jihad@yahoo.com
Blog:marijihad.blogspot.com

No comments: